Print
Category: Uncategorised
Hits: 1216

FALSAFAH PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN

 Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta;dib,irsyad,dan tadris adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,emosi,aqliah,aqidah,jasmani berdasarkan ajaran islam.

 

 

 MATLAMAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN

 Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman,berakhlak mulia,berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga , masyarakat, Negara dan ummah.